Startup Entrepreneurs for Young Graduates
A. RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM ‘STARTUP ENTREPRENEURS’
Dalam dunia alaf baru kini, usahawan perlu peka, berdayasaing serta gigih dalam perniagaan yang dijalankan.
Millennials menyumbang hampir 50% daripada bekalan pasaran buruh di Malaysia dan seluruh dunia hari ini.
Bersesuaian dengan nilai dan sikap milenium, lebih ramai diantara mereka yang berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri – atau lebih dikenali sebagai “startup”. Sebagai usahawan “startup“, mereka menghadapi banyak cabaran dan hanya mereka yang mempunyai keazaman yang tinggi, motivasi dan keberanian dapat membuat melalui fasa permulaan yang sangat mencabar.
Seminar ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan ilmu kepada millenium mengenai cara memulakan perniagaan dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan penuh cabaran. Dengan menyertai kursus ini juga Usahawan Millenial mempu mengurangkan risiko kegagalan atau meminimumkan risiko “tersekat di tengah-tengah” setelah banyak tenaga, usaha, sumber dan modal dikeluarkan malah perniagaan yang diusakan tidak dapat dimajukan ke peringkat seterusnya.
B. PROGRAM OUTCOME
Di hujung program ini, peserta akan :
• Memahami cabaran permulaan perniagaan
• Mampu menyediakan penyelesaian pragmatik untuk situasi ‘terperangkap di tengah-tengah’
• Mempelajari dan mengetahui alat dan teknik baru untuk meminimumkan risiko perniagaan,
• Mengetahui “insight” dalam meneroka peluang perniagaan,
• Mengetahui cara untuk mengurus permulaan mereka dengan lebih baik untuk terus maju ke hadapan.
C. OUTLINE
Program ‘STARTUP ENREPRENEURS’ menggariskan beberapa Outline penting iaitu:
• Pemula di Malaysia
• Cabaran Pemula
• Bahagian 1:
o Fasa 1 – Mengapa memulakan permulaan?
o Fasa 2 – Business Stakeholder Assessment
• Bahagian 2:
o Fasa 3 – Model Perniagaan
o Fasa 4 – Pelan Perniagaan & Pemasaran
o Fasa 5 – Analisis & Pelan Kewangan
• Bahagian 3:
o Fasa 6 – Pasukan Permulaan
o Fasa 7 – 5 Disiplin inovasi: Need, Value, Champions, Teams & Alignment
o Fasa 8- Business Pitch
• Bahagian 4:
o Fasa 9 – Pelan Tindakan
o Fasa 10 – Proses Undang-Undang & Pendaftaran Perniagaan
• Membina budaya korporat & prestasi yang memberangsangkan
• Pelaksanaan Strategi
D. SIAPA YANG PERLU HADIR?
- Pemilik perniagaan IKS
- Peniaga STARTUP
- Business Planner
- Business Strategist
- Graduan yang berminat menjalankan perniagaan
E. MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 5-6 November 2019
Tempat: Dewan Hal Ehwal Pelajar, USIM.
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang (Selama 2 hari)
F. APA YANG ANDA AKAN DAPAT JIKA MENYERTAI PROGRAM INI?
- Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR)
- Business plan yang kukuh yang telah dikritik dan ditambah baik oleh speaker.
- Cara untuk anda mendaftarkan peniagaan dgn SSM.
- Cara untuk anda mendapatkan MODAL dari agensi-agensi terlibat. (banyak yang tak tahu rahsia ini)
- “Do and Donts” dalam menjalankan perniagaan.
- Jenis Perniagaan yang boleh bertahan dalam masa 20 tahun akan datang.
- Cara minimumkan risiko sewaktu menjalankan perniagaan. (ramai peniaga kita bankrup sebab gagal meminimumkan risiko walhal ianya mudah !)
- Tips mengembangkan perniagaan menggunakan dana agensi kerajaan.
- Cara nak gunakan IR 4.0 dan IoT dalam perniagaan.
- Data Analitik untuk perniagaan anda.
G. SIAPA SPEAKER UNTUK PROGRAM INI?
Datuk Seri Dr. Md Zabid Bin Haji Abdul Rashid memiliki ijazah B.S.(Perniagaantani) dari UPM pada tahun 1979, M.Sc (Ekonomi Pertanian) dari Universiti London pada tahun 1980, Diplome Etudes Approfondies (DEA) dari Universiti Aix-Marseille, Perancis pada tahun 1983, dan ijazah Doktor Sains Pengurusan dari Universiti Aix-Marseille/ ESSEC, Perancis pada tahun 1988.
Beliau memulakan kerjaya di Sumitomo Corporation, dan Malaysian Industrial development Authority (MIDA) pada tahun 1979, dan kemudian berkhidmat di UPM dari tahun 1981 hingga 2003. Beliau mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang pentadbiran akademik dan pernah menjadi Profesor dan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah Pengurusan Malaysia (MGSM) pada tahun 1997-2001. Beliau juga pernah bekerja sebagai Profesor dan Pengarah, Pusat Pengajian Siswazah, Open University Malaysia (OUM), dan kemudian berkhidmat sebagai Presiden dan Naib Canselor, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), pada 2007-2017.
Penulisan beliau yang berjudul ’The influence of corporate culture and organisational commitment on performance’ dalam Journal of Management Development (tahap 7 teratas dalam jumlah sitasi, 4,471 sitasi, jumlah dimuatturun sebanyak 35,175 kali), makalah berjudul ’The influence of organisational culture on attitudes towards organisational change’ dalam jurnal Leadership & Organisation Development Journal (tahap 29 teratas dalam jumlah sitasi, 328 sitasi, telah dimuatturun sebanyak 30,452 kali), makalah yang berjudul ’Executive and management attitudes towards corporate social responsibility in Malaysia’ dalam jurnal Corporate Governance (tahap 29 teratas dalam jumlah sitasi, 214 sitasi, telah dimuatturun sebanyak 5,462 kali), dan makalah yang berjudul ’Perceptions of business ethics in a multicultural community: The case of Malaysia, ’The effect of culture and religiosity on business ethics: A cross-cultural comparison, dan ’Perceived ethical values of Malaysian Managers’ Journal of Business Ethics. (287 sitasi bagi 3 makalah).
Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam penyelidikan dalam bidang pengurusan perniagaan, yang mana telah menerbit lebih dari 150 makalah dengan jumlah sitasi sebanyak 1,994 (di antara sitasi tertinggi dalam bidang sains sosial dalam jurnal antarabangsa (U.K., U.S.A., Australia, Switzerland, Taiwan, Singapura dan Malaysia), prosiding, kertas seminar, buku, bab dalam buku, monograf, akbar dan majalah profesional.
Beliau juga memiliki kelulusan professional seperti Fellow, CPA (Australia) pada 2010, Chartered Accountant, (CA), Malaysia Institute of Accountants, pada 2012, dan Fellow, Chartered Management Institute, (FCMI), U.K. pada 2015
Di atas sumbangan kepada pelbagai organisasi, beliau telah menerima anugerah Pingat “Officier de l ’Ordre National du Merite” daripada Presiden, Republik Perancis, pada 2016, pingat ‘Setia Mahkota Wilayah’ dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 2014, pingat ‘Darjah Mulia Seri Melaka’ dari TYT Yang di Pertua Negeri Melaka pada 2007, Fellow Marketing in Asia Group, FMAG, New Zealand, 2011, “Educational Leadership Award”, Golden Globe Tigers, India, 2016, “Outstanding Contribution to Education” oleh Asia B-School Singapura dan World Education Congress, 2011, 2012 & 2013, World Marketing Congress, Perth, Australia, 2003, dan Pan Pacific Business Association, USA, 1991
Untuk Menyertai Kursus ini, sila buat bayaran komitmen sahaja di :