Seminar Sprint To Score 2023 – Matematik

Seminar Sprint To Score 2023 – Matematik

Dalam dunia serba pantas hari ini, kita harus berusaha menyesuaikan diri dan menjadi fleksibel terutama dalam mengambil berat tentang keperluan mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris dan lain-lain subjek teras.

Gambar Atas: Kumpulan 3 dikelolai oleh Encik Abdul Rasyid bin Mohamed—seorang guru cemerlang Matematik​ dari SMK Tasek Utara, Johor Bahru

Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) telah mempunyai pengalaman dalam menganjurkan acara berkaitan pendidikan. Sejak tahun 2018, Yayasan PINTAR telah menganjurkan program pendidikan setiap tahun di serata negeri dalam Malaysia terutamanya dalam kawasan pedalaman. Umumnya, Yayasan PINTAR menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dengan menyediakan akses kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Sebelum ini, Yayasan PINTAR telah menganjurkan program untuk membantu pelajar SPM dalam persediaan untuk Peperiksaan Kertas Bahasa Inggeris dan program ini dikenali sebagai ‘Sprint to Score’.

logo sprint to score 2023 matematik

Buat pertama kalinya, Yayasan PINTAR membawakan segmen terbaru dalam program ini iaitu Sprint To Score Matematik 2023—Bengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik SPM 2023/24 dalam mensasarkan untuk membantu calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2023/24 dalam subjek Matematik SPM. Program ini telah dibuat di daerah Pekan, Pahang.

Kumpulan 1 dikelolai oleh Encik Ahmad Yasir Bin Mustafa Bakri—seorang guru cemerlang Matematik​

MATLAMAT PROGRAM

Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta menguasai kemahiran dan strategi yang betul di dalam kelas untuk mendapatkan markah maksima dalam menjawab kertas soalan Matematik sekaligus meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Matematik dan Gred Purata Sekolah (GPS) dan seterusnya menyumbang peningkatan Gred Purata Daerah (GPD) bagi daerah lokasi program.

OBJEKTIF PROGRAM

Memberi pendedahan yang mencukupi dan betul tentang kaedah markah maksimum untuk Kertas 1 dan Kertas 2 Matematik kepada calon SPM 2023/24.

Menggabungkan pelajar-pelajar daripada setiap sekolah dalam daerah yang terlibat untuk sama-sama mengenalpasti serta menangani permasalahan yang dihadapi dalam mata pelajaran Matematik.

Membawakan guru-guru pakar dan penanda kertas peperiksaan SPM untuk berkongsi teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.

Memberi pendedahan kaedah belajar dan ulangkaji yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian Matematik terutama melibatkan penyelesaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Memperbaiki kaedah dan teknik penyelesaian mengikut topik yang dapat menyumbang markah maksimum.

Memberi perkongsian tentang bidang pengajian yang perlu diberi perhatian serta memberi bimbingan tentang hala tuju kerjaya masa hadapan.

Kumpulan 2 dikelolai oleh Encik Abdullah bin Osman—seorang guru cemerlang Matematik​ dari SMK Pelindung, Kuantan

Nota dalam format Powerpoint slaid

Latihan menjawab kertas soalan SPM terkini

Edaran teknik menjawab Matematik SPM dan rumusan formula

METODOLOGI PROGRAM

INFO TAMBAHAN

JUMLAH PESERTA

LEBIH DARI

0
ORANG CALON SPM
0
BUAH SEKOLAH

KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada pelajar-pelajar dari 21 buah sekolah sekitar daerah Pekan, Pahang.

Close Menu