Seminar Sprint to Score 2018

Seminar Sprint to Score 2018

A. RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM ‘SPRINT TO SCORE 2018’

Dalam dunia serba pantas hari ini, kita harus dapat menyesuaikan diri dengan menjadi fleksibel terutama dalam mengambil berat tentang keperluan untuk mempelajari dan menguasai belajar bahasa Inggeris. Dengan mempunyai menguasai bahasa Inggeris dengan baik ia membolehkan kita mempelajari lebih banyak cabang ilmu kerana ia adalah merupakan bahasa sains, penerbangan, komputer, diplomasi dan pelancongan. Kemampuan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik meluaskan potensi seseorang dalam berkomunikasi di peringkat global dan juga meningkatkan peluang kita untuk mendapat pekerjaan yang baik contohnya dalam syarikat multinasional. Keupayaan untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik membolehkan seseorang itu maju dalam dunia profesional selain memudahkan diri kita diterima, difahami serta dihormati oleh orang lain.

B. APAKAH ITU PROGRAM IS ‘SPRINT TO SCORE 2018’

‘SPRINT TO SCORE 2018’ adalah satu program untuk pelajar-pelajar sekolah yang berusaha untuk meningkatkan tahap Kemahiran Bahasa Inggeris semasa atau untuk membangunkan keupayaan mereka menggunakan bahasa Inggeris dengan lebih cekap. Program ini direka untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar, meningkatkan komunikasi dalam interaksi sosial, mengatasi halangan-halangan interaksi dan memaksimumkan interaksi harian. Pelajar-pelajar juga akan memperluas perbendaharaan kata Bahasa Inggeris, tatabahasa dan kemahiran mendengar mereka. Kandungan program yang mengintegrasikan semua kemahiran bahasa di mana tumpuan utama akan diberikan kepada usaha meningkatkan kemahiran persembahan dan meningkatkan tahap keyakinan dalam berkomunikasi. Selain itu, program ini akan mendedahkan pelajar tentang format soalan peperiksaan dan teknik penting dalam menangani soalan tertentu.

C. OBJEKTIF

Program ‘SPRINT TO SCORE 2018’ menggariskan beberapa objektif penting iaitu:

1. Untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar

2. Untuk meningkatkan tahap keyakinan bercakap pelajar

3. Menyediakan platform untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi sosial

4. Memberi pendedahan format dan teknik untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan betul dan berkesan.

D. HASIL PEMBELAJARAN

Setelah tamat program ini, peserta dijangka dapat:

• Meningkatkan tahap keyakinan mereka dalam menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi sosial

• Memperoleh dan menggunakan tatabahasa bahasa Inggeris dan perbendaharaan kata dengan betul dalam pelbagai situasi

• Memahami dan membaca teks dengan mengenal pasti fakta dan bukti

• Mengaplikasikan teknik menjawab soalan peperiksaan dalam lembaran kerja yang diberikan

Close Menu