Seminar Kerjaya Millennial

Seminar Kerjaya Millennial

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2018 – Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak telah menganjurkan Seminar Kerjaya Millennial di Menara Yayasan Tun Razak dengan usaha sama DSMZ Academy Sdn Bhd. Antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar tentang bidang- bidang pengajian yang kritikal pada masa akan datang. Hal ini kerana hala tuju kerjaya alaf ke-21 akan menerima impak daripada Revolusi Perindustrian 4.0 yang mana memfokuskan kepada sains data, Internet of Things (IoT) dan sistem automasi. Antara peserta-peserta yang turut hadir adalah ibu bapa, para pelajar sekolah dan juga pelajar daripada institusi pengajian tinggi di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Close Menu