INTRO
Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) ditubuhkan sebagai pelengkap kepada institusi pendidikan negara. Yayasan ini diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang profesional dan bergiat aktif dalam dan luar negara bagi membina jaringan kerjasama dalam misi memartabatkan negara dan bangsa melalui bidang keilmuan serta keusahawanan secara analitik.
Cogan kata “melangkaui ilmu pengetahuan anda” atau “Beyond Your Knowledge” memberi suatu inspirasi yang membentuk fokus dan hala tuju, Yayasan PINTAR sangat menitikberatkan jangkaan empirikal terhadap masa depan negara dan anak–anak muda sebagai pemangkin utama.
Yayasan ini berkhidmat sebagai medium yang merungkai permasalahan pendidikan di era millenial, mengangkat, mengasah dan membimbing bakat anak muda yang berpotensi besar dalam bidang pendidikan masing-masing dengan mengambil kira kepentingan golongan professional melalui pelbagai aktiviti yang diterjemahkan dalam bidang keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat berdasarkan capaian kajian kes melalui statistik yang dikumpul dan laporan data analitik yang diiktiraf oleh badan dunia yang dihasilkan mengikut bidang dan kepakaran masing-masing.
Di Yayasan PINTAR, pelbagai aktiviti tersedia secara inklusif bagi memenuhi keperluan pelanggan atau mereka yang berkepentingan mengikut kepesatan perkembangan data yang berlaku secara besar-besaran dan kita harus berhadapan dengan fenomena dunia ini sama ada dalam keadaan bersedia mahupun sebaliknya.
SEJARAH
Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan berteraskan keuntungan (non-profit organization) pada 18 Oktober 2006 di bawah Akta Syarikat dengan Jaminan Terhad. Di antara fungsi penubuhan Yayasan PINTAR pada ketika itu adalah untuk memperkasakan UNITAR; yang kini dikenali sebagai UniRAZAK ke tahap yang membanggakan dan seterusnya menyertai kemajuan pendidikan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi.
Kini, kompas fungsi Yayasan PINTAR lebih menjurus kepada kepentingan pengurusan data dan revolusi perindustrian 4.0. Yayasan PINTAR mengorak langkah melebarkan sayap dengan menceburi bidang-bidang pengajian yang kritikal seperti Sains dan Data Analitik dengan menterjemah makna data yang diperolehi, diproses, diintegrasi, diringkaskan kepada sumber yang lebih bermanfaat dalam memberi makna sebenar di sebalik sumbangan besar bidang teknologi maklumat.. Yayasan PINTAR juga menitikberatkan hala tuju kerjaya dan percambahan industri terkhusus pada masa kini seperti industri wangian, pengurusan fesyen, perniagaan tani dan keusahawanan.
VISI
Menjadi pusat rujukan dan institusi pendidikan yang kekal relevan sehingga 2050.
MISI
Membantu, membimbing dan memperkasa bidang pendidikan selaras dengan revolusi perindustrian 4.0 demi kemajuan negara dan pembangunan modal insan.
PERKHIDMATAN
TALENT PINTAR
DIDIK PINTAR
LATIHAN EKSEKUTIF PINTAR
KLINIK PINTAR
KERJAYA PINTAR
SEMINAR PINTAR
Inisiatif
Ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang akan memberi impak kepada ekonomi dan masa dke arah melahirkan rakyat Malaysia yang selaras dengan Revolusi Industri 4.0 yang akan memberi impak kepada ekonomi dan masa depan negara.
Mendidik anak-anak dan para belia untuk berdaya saing dan mahir dalam bidang yang diceburi
Kerjaya masa hadapan yang relevan dengan keperluan industri
Focus kepada STEM (murid sekolah), sains data dan data analitik (belia)
Testimonial 1
Rakyat mesti bekerja keras, mempunyai keberanian, keyakinan dan kesediaan untuk berfikir menjangkau kebiasaan jika mereka mahu berjaya dalam mewujudkan sebuah masyarakat baharu.
- YAYASAN PENDIDIKAN TUN ABDUL RAZAK Level 8-01, Menara Yayasan Tun Razak (YTR), No. 200 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur
- T +6 03 2162 2525
- F +6 03 2161 9411
- ask@yayasanpintar.my
- yayasanpendidikantunabdulrazak
- YayasanPintar
- yayasanpendidikantunabdulrazak
- yayasanpendidikantunabdulrazak
- yayasanpendidikantunabdulrazak