RUMAH SIRAMAN KASIH

RUMAH SIRAMAN KASIH

RAWANG, 25 Mei 2018 – Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak telah menganjurkan sesi berbuka puasa bersama-sama anak-anak dari Rumah Siraman Kasih yang bertempat di Bandar Country Homes Rawang. Majlis penyampaian zakat dan bantuan kewangan kepada penghuni Rumah Siraman Kasih telah diadakan dan diserahkan oleh Puan Nuur Ainnisaa’ binti Hj Ahad, wakil daripada Yayasan PINTAR kepada Puan Hajah Kamariah Yaakob, Pengetua Rumah Siraman Kasih. Majlis diteruskan dengan acara iftar dan solat Maghrib secara berjemaah dan diakhiri dengan persembahan daripada anak-anak Rumah Siraman Kasih.

 

Close Menu