EduBizTour @ France: The Art of French Perfume

EduBizTour @ France: The Art of French Perfume

Program 10 hari yang akan memberikan pengalaman yang istimewa kepada anda untuk mendalami bidang perusahaan wangian daripadanegara yang terkenal iaitu Perancis. Program ini akan membawa anda mempelajari ilmu penghasilan wangian di institusi terkemuka berserta lawatan ke Muzium Wangian di Fragonard.

Menjadi mahir dalam bidang industri yang diceburi adalah melalui keseimbangan antara teori, teknik dan pengalaman. Sejak DSMZ Academy ditubuhkan, kami telah meletakkan matlamat kami dalam membangunkan negara dan masyarakat yang profesional. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kami sentiasa memperbaharui khidmat kami dengan mengadakan kursus latihan yang baharu untuk memenuhi keperluan semasa dalam pelbagai industri.

Melalui EduBizTour @ France, kami ingin menawarkan kursus jangka pendek di mana peserta akan diperkenalkan kepada institusi terkemuka di Perancis yang merupakan ibu kota dan pusat tumpuan bagi wangian dan fesyen. Peserta juga akan berpeluang untuk mempelajari ilmu dan kemahiran asas dalam bidang penghasilan wangian dan juga reka fesyen. Matlamat utama program ini adalah untuk membuka ruang dan peluang kepada semua peserta untuk menceburi dan memulakan kerjaya sebagai pereka wangian dan seterusnya menghasilkan jenama wangian tersendiri yang setaraf dengan wangian yang lain di peringkat antarabangsa.

Kami amat mengalu-alukan semua usahawan minyak wangi dan para pelajar daripada aliran sains dan sastera yang berminat untuk mempelajari dan mengambil bahagian dalam program EduBizTour @ France.

Objektif:

  1. Untuk mengetahui teknik asas dalam penghasilan wangian
  2. Untuk mempelajari cara-cara menilai wangian
  3. Untuk mempelajari bahasa wangian bagi memudahkan pemasaran
  4. Untuk mengenali jenama-jenama dalam kategori wangian eksklusif atau mewah
  5. Untuk mengenalpasti wangian dari segi teknikal

Sasaran peserta EduBizTour:

  1. Penasihat wangian dan kecantikan
  2. Usahawan wangian
  3. Pelajar sains dan sastera
  4. Golongan professional yang mempunyai minat dalam bidang wangian
  5. Orang awam yang ingin mengetahui seni wangian
Close Menu