BATU PAHAT, Johor 29 & 30 Mac 2018 – Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) telah menganjurkan Karnival Mobile CTC dan Cinta Negara Parlimen Sri Gading. Karnival ini adalah satu usaha untuk menghidupkan warisan budaya dan kesenian raykat Johor serta mendigitalkan Parlimen Sri Gading. Majlis perasmian oleh Yg Berhormat Datuk Ab Aziz bin Kaprawi telah diadakan pada hari kedua karnival. Sambutan orang ramai dan kehadiran artis-artis jemputan telah memeriahkan lagi suasana.
Antara program-program yang dijalankan adalah Pameran daripada Mobile CTC , Kementerian Kesihatan , Jabatan Pengangkutan Jalan, ATM dan PDRM, Kursus Urutan Refleksiologi, Kursus Pembuatan Roti Dan Puff, Kursus Hiasan Kek, Pertandingan Karaoke, Cabutan Bertuah dan banyak lagi. Pada malam hari ada juga persembahan daripada ‘Buskers’ tempatan, sesi Zikir dan Selawat dan Ceramah Perdana Ehwal Islam.
Yayasan Pintar turut menganjurkan Seminar Digitalizing Parlimen Sri Gading, Seminar Big Data dan Seminar Kerjaya. Aktiviti-aktiviti interaktif disediakan dengan matlamat untuk memupuk semangat patriotisme, kebanggaan, kecintaan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.